Monday 29 August 2011

Popia Sesuci Lebaran


Bersua tanpa muka, berbicara tanpa suara…

Assalamualaikum….

Rasa cam da lama sangat x update blog ni…time keje terfikir macam2 idea untuk update tapi bila da ngadap laptop tetibe je idea tu menyorokkan dirinya..hilang ntah ke mana, cari2 pun still xjumpa ag..huhu..akhirny timbul la topic pembikinan kuih raye..hehe

Kuih apa ye???
Kuih simple je kott..SERUNDING POPIA & POPIA GUNTING
Saya xtau la korang familiar ketak ngan 2 jenis kuih yang simple ni..kalo familiar ok la..if not,
let us check it out!!!!!
Firstly, I want to introduce kat korang AJK pembikinan 2 jenis kuih tersebut…

AJK2 pembikinan terdiri daripada:

 
1)            Si Ibu Mastura
2)            Si Bonda Ayu      
3)            Si Mama Dayang
4)            Si Tembam Mashidayu
(Thanx atas kerjasama yang diberikan k..nnt raye kite p jln sesame=>)

Seterusnya, saya nak citer bahan-bahan yang digunakan serta cara2 membuat dua jenis kuih tersebut…

1) SERUNDING POPIA
Bahan-bahannya terdiri daripada :
  •   Kulit popia 
  •   Serunding (xkisahla serunding daging ke serunding ayam ke..ikut selera k)
Penerangan cara-cara pembikinan berdasarkan gambar di atas :
  • Firstly, kulit popia (saiz besar) digunting kepada 8 bahagian. 
  • Serunding diletak ke atas kulit popia tersebut secara berhati2 dan dalam keadaan yang comel
  • Kemudian, kulit popia yang berisi serunding digulungkan dengan berhati2 jugakkk
  • Setelah digulung, kulit popia tersebut disimpulkan cam ikat tali tu tapi kene ati2 jugak takut putus kulit popia tu.. hehe
  • Last sekali, setelah dibikini dalam kuantiti yang dikehendaki, serunding popia tersebut bolehla digoreng menggunakan minyak yang telah dipanaskan…done..hehe

2) POPIA GUNTING
Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
  • Kulit popia 
  •   Kuning telur
Cara-cara pembikinan adalah seperti berikut : 

  • Ambik sekeping kulit popia kemudian sapukan kuning telur di salah satu bucu kulit popia tersebut (tujuan : supaya kulit popia melekat dan memudahkan aktiviti pengguntingan nnt) 
  • Kulit popia digulung - didahului dengan bucu yang disapu kuning telur tadi
  •  Setelah digulung hampir ke hujung,sapukan kuning telur sekali lagi dipenghabisan hujung kulit popia 
  • Kemudian, gunting kulit popia yang telah digulung secara menyerong 
  • Lastly, goreng menggunakan minyak yang telah dipanaskan…sedia dihidang..
p/s :kalo nak sira pedas pun ok gakk..lagi bes kalo ad rasa pedas2 n manis2 ckit..hehe


Ini la hasilnya..Kalo nak try mehla datang beraya ke rumah saya..Selamat Menjamu selera..


Akhir kata, Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin =)


No comments:

Post a Comment